Powered by Blogger.

Wednesday, September 28, 2011

Bengkel AKAN DATANG : 29th & 30th Oct 2011

Ini adalah bengkel fotografi kanak-kanak kami yang akan datang yang akan dibuat pada 29 dan 30 October nanti. Berdasarkan permintaan, kami cuba untuk mengupas kembali tajuk yang sama dari bengkel-bengkel yang lepas kerana sebelum ini ada yang tidak berkesempatan atau pun terlepas peluang menghadirinya.

Boleh booking SEKARANG. Boleh pilih salah satu bengkel yang bersesuaian, atau nak book dua-dua pun boleh :-)

Update :

Bengkel Exposure Basics : Tempat sudah penuh diisi.
Bengkel Komposisi Kreatif : Tinggal 5 tempat kosong.

CEPAT!! ini merupakan bengkel terakhir kami untuk tahun ini. Lets join the fun with My Friends Lollipop!

Keistimewaan 'extra' yang diberikan kepada mereka yang pernah menghadiri bengkel kami : Setelah selesai bengkel, saya akan 'add' para peserta ke dalam satu 'private group' di Facebook yang hanya khas untuk para peserta sahaja. Di situ kita akan terus berkongsi ilmu dan peserta bebas untuk bertanya apa sahaja terutama dalam bidang fotografi kanak-kanak dan saya akan memberi komen / tunjuk ajar secara percuma bagaimana untuk mendapatkan hasil gambar yang lebih baik. Di situ semua peserta akan dapat belajar secara berterusan, dan komuniti "My Friends Lollipop" dapat sentiasa berhubung antara satu sama lain walaupun sudah habis kelas :-)


Bengkel 1 : EXPOSURE (Batch 3)



Bengkel 2 : KOMPOSISI (Batch 4)




Kepada yang berminat untuk menyertai kelas-kelas ini, bolehlah hubungi saya sekarang melalui email eyesofgrace@gmail.com atau EOG FB page atau telefon 019-3161175.

Sila membuat tempahan tempat dengan memberi butiran berikut :

Nama penuh :
IC no. :
Contact no. :
Email adress :
Status bayaran :
Tajuk Kelas (Bengkel yang dipilih) :

Yuran boleh dibayar melalu akaun Maybank saya seperti berikut :

Maybank Bhd
Akaun : 114357084134
Siti Zubaidah Rusli

Tempat adalah terhad :-)

Terima kasih.


Zubye.

Exposure Basics - Batch 2

July 2011

Kami masih mengekalkan skala atau penglibatan dalam jumlah yang kecil dalam setiap bengkel yang di adakan. Tujuannya supaya saya dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada setiap peserta & dapat attend to all their needs :-)

Exposure Basics sebenarnya lebih teknikal. Kebanyakan dari peserta bengkel yang pernah kami anjurkan adalah tergolong oleh para wanita dan ibu yang kebanyakannya baru mempunyai DSLR dan ingin belajar tetapi malu untuk pergi ke kelas-kelas lain yang majoritinya adalah kaum lelaki. Jadi My Friends Lollipop nampaknya dapat menunaikan hasrat mereka itu dengan membuat satu bengkel yang lebih santai, seronok dan bebas untuk bertanya. lebih-lebih lagi memang sesuai untuk para ibu yang ingin mengambil gambar anak-anak mereka dengan lebih baik. Apatah lagi saya juga merupakan seorang ibu. Lalu secara tidak langsung, tercipta 'chemistry' antara kami di situ. Komunikasi dua hala yang dipraktikkan dalam setiap bengkel nampaknya dapat memberikan hasil kepada para peserta.

Gambar-gambar dari workshop ni pun rupanya belum sempat saya update. saya akan update segera, ok!

Modul perkongsian ilmu :

. Elemen-elemen asas dalam exposure .
. Shutter speed . Aperture . ISO .
. Hubungkait antara ketiga-tiga elemen untuk menghasilkan potret kanak-kanak yang baik .
. Rule of thumb .
. Freezing movement .
. Blurring movement .
. Depth of field (DOF) .
. Pemahaman 'overexposed' & 'underexposed' .
. Aplikasi exposure dalam potret kanak-kanak : Praktikal secara terperinci untuk memahami ketiga-tiga elemen asas .
. Menggunakan mode 'Manual' dalam mengambil potret kanak-kanak .
. Bagaimana kreativiti dan imaginasi mempengaruhi pengawalan exposure dalam potret kanak-kanak .
. Segmen khas : "Apa yang saya mahu?"




Komposisi Kreatif - Batch 3

June 2011

Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan, kami teruskan lagi bengkel untuk tajuk yang sama iaitu Komposisi Kreatif. Tajuk ini akan sentiasa menjadi salah satu dari tajuk utama yang akan di kupas pada bengkel-bengkel seterusnya yang akan datang :-)

Oh Ya! saya belum sempat rupanya upload gambar-gambar dari bengkel ini. sebentar nanti saya upload ya!

Modul perkongsian ilmu :

. Snapshots vs Portraits .
. Kaedah-kaedah terbaik untuk mendapatkan komposisi potret kanak-kanak dengan menarik .
. Komposisi asas dalam sebuah potret : Background & Negative space .
. Rule of thirds .
. Membingkai imej (Framing) .
. Garis & pattern dalam komposisi (using lines and pattern) .
. Tips istimewa dari Zubye : "Focus on feeling & Keep it simple" .
. Breaking the rules and get CREATIVE!!




Exposure Basics - Batch 1

May 2011.

Bengkel pertama yang mengupas tentang tajuk Exposure Memberi penerangan secara teori dan praktikal tentang Aperture, ISO, Shutter Speed dan hubung kait antara ketiga-tiganya.




Komposisi Kreatif - Batch 2

Satu Bengkel Fotografi Kanak-kanak pada bulan May 2011 di anjurkan dan dikelolakan sepenuhnya oleh Eyes of Grace Photography.

Merupakan batch ke dua untuk tajuk Komposisi Kreatif.



Komposisi Kreatif - Batch 1

Bengkel pada March 2011

Kali ini bengkel dijalankan dengan 'skala' yang sedikit iaitu seramai 10 orang sahaja. Ini bagi memastikan setiap orang mendapat perhatian secukupnya semasa kelas dijalankan.


Kids Portraiture Creative Technique Clinic

Satu Foto-klinik yang di adakan pada Februari 2010.



Ini pula gambar-gambar model yang sempat saya ambil pada hari itu





Speaker jemputan

Ini pertama kali saya conduct workshop dan menjadi speaker jemputan. Workshop ni dianjurkan oleh Dunia Fotografi. Banyak pengalaman saya peroleh. Kawan-kawan boleh baca di sini untuk mengetahui tentang workshop itu ya!


Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP