Klinik bulan November!
Sudah semakin hampir kita ke penghujung tahun 2012 insyaAllah :-)
Betapa besar keinginan saya sebenarnya untuk menghadiahkan sesuatu untuk semua yang selama ini telah membantu saya, memberi sokongan yang cukup kuat kepada saya dan EOG.
Maka dengan ini terimalah hadiah saya yang tidak seberapa ini untuk semua :
YOU SHOOT, ASK & LEARN.
LOKASI :
Lokasi klinik akan ditentukan kemudian berdasarkan jumlah peserta yang berminat. Besar kemungkinan di adakan di sekitar kawasan Putrajaya atau yang berdekatan.
JANGKAWAKTU :
Oleh kerana kita bekerja dengan kanak-kanak, maka kita perlu ikut jangkamasa selesa yang sesuai untuk kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak akan berasa selesa untuk diambil gambar hanya dalam satu hingga dua jam. Jadi waktunya saya tetapkan mula dari 9 pagi hingga 12 tengahari.
KONSEP :
Klinik Fotografi adalah berbeza dengan workshop / bengkel yang pernah diadakan sebelum ini. Di dalam klinik ini, apa yang perlu dilakukan oleh setiap peserta adalah merakam gambar (tidak kira melalui apa jua jenis kamera), dan bertanya kepada saya tentang apa yang anda ingin tahu samada dari sudut skill mengambil gambar kanak-kanak, komposisi, setting kamera, ingin saya memberi komen-komen bernas gambar yang telah anda ambil, dan sebagainya.
Pendek kata, konsepnya adalah anda shoot, tanya dan belajar!
Di awal klinik akan dimulakan dengan sedikit sessi briefing dari saya, dan selepas itu kita terus sahaja shoot our heart out! :-)) Sessi bertanya dan bertukar-tukar idea berlangsung ketika kita sedang sibuk mengambil gambar :-)
Kalau ada yang tidak mahu bertanya kerana sangat pemalu pun tak apa, tapi sekurang -kurangnya dapat pendedahan dalam klinik ini. :-)
Ianya sangat santai dan very 'stress-free' klinik yang lebih bersifat gathering sambil belajar untuk menambah ilmu fotografi kanak-kanak.
TARGET PESERTA :
Saya sangat memahami keinginan para ibu yang ingin merakam gambar anak-anak mereka dengan lebih baik. Mereka mungkin mempunya kamera, tetapi tidak begitu mahir dengan fungsinya dan cara mengendalikannya, di samping ingin menambah skill untuk ambil gambar anak-anak mereka.
Mereka ingin ke kelas fotografi, tetapi 'segan' ataupun tidak yakin, kerana kebanyakan kelas fotografi di sini dikelolakan oleh fotografer lelaki (saya amat faham dengan keadaan itu heheh), jadi ini merupakan peluang yang ingin saya buka kepada para ibu dan wanita.
Sebenarnya klinik ini saya tujukan khas buat para ibu di luar sana, yang ingin menambah ilmu, yang berhasrat hendak ambil gambar anak-anak dengan lebih cantik selepas ini :-), mahupun yang hanya ingin datang berkenalan dengan saya atau dengan ibu-ibu lain dan ingin bertukar pendapat tentang apa sahaja, terutama sekali pengalaman mengambil gambar anak masing-masing.
Mungkin boleh juga dikatakan klinik ini adalah satu medium untuk kita berkumpul dan menambah ilmu dalam masa yang sama.
MODEL :
Bawalah anak-anak anda, anak-anak buah anda, anak-anak jiran atau kawan anda, untuk dijadikan model di dalam klinik ini. Kita akan sama-sama belajar bagaimana cara untuk mendekati mereka dan membuat mereka selesa ketika gambar mereka dirakam. :-)
ok, apa lagi yang perlu saya beritahu di sini ya?
Rasanya, buat masa ini, itu sahaja yang terlintas di fikiran. Seandainya anda merasakan klinik ini bertepatan dengan jangkaan atau kemahuan anda, boleh lah medaftar dengan cara :
1- Beri nama dan email address serta bilangan ahli keluarga yang akan turut hadir di ruangan komen di FB.
2- Beri nama dan email address serta bilangan ahli keluarga yang akan turut hadir ruangan komen di blog ini.
Sangatlah besar harapan saya agar klinik ini dapat membuahkan manfaat juga ilmu kepada semua peserta yang hadir nanti, InsyaAllah.
Nanti kita jumpa ya!!!
Daa~~~
Zubye.
0 comments:
Post a Comment